kamil's blog
When i grown up
What to do when i'm grown up.Â
To do list :
 1. Play
 2. Play..
 3. Play...
and may be some work in my daddy company
- Add new comment
- 554 reads
Sedap atau tak
Sekadar renungan dipagi yang indah ini...........
buat peringatan buat
diriku yang sering terlepas pandang.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan
sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu
aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang
makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari
itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia
telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang
telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula
untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula
sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta
daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
- Add new comment
- 809 reads
Berpuasa dan gandaaan kebaikan yang dijanjikan
Rasulullah (s.a.w) bersabda bermaksud:
Semua amalan anak adam itu adalah digandakan kebaikannya 10 kali ganda yang serupa dengannya hingga 700 kali ganda.
Allah 'Azza Wa Jalla' berfirman maksudnya:
'Melainkan puasa kerana ia adalah bagi-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya. Mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.'
Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; gembira waktu berbuka dan kegembiraan sewaktu bertemu Tuhannya. Manakala bau mulut (dari orang yang berpuasa) kerana berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Taala dari bau kasturi (musk).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
*Huraian: Puasa adalah satu ibadat istimewa, yang dikhususkan untuk Allah (swt) dan hanya Allah sendiri yang akan memberi ganjaran bagi mereka yang berpuasa. Hanya individu itu sendiri dan Allah Taala yang tahu sama ada dia benar benar berpuasa atau tidak. Mungkin ada kalangan kita yang menzahirkan bahawasanya dia berpuasa tetapi sebenarnya tidak.
- Add new comment
- 695 reads
Tanda tanda ke Esaan dan Kebesaran Allah.
keEsaan dan Kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
" Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati ( keringnya ), dan Dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan , dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda ke Esaan dan kebesaran Allah, bagi kaum yang mahu memikirkannya "
Surah Al-Baqoroh (164)
- Add new comment
- 1304 reads

Recent comments
15 hours 35 min ago
1 day 17 hours ago
2 days 21 hours ago
3 days 35 min ago
3 days 13 hours ago
4 days 18 hours ago
2 weeks 2 days ago
2 weeks 3 days ago
2 weeks 3 days ago
2 weeks 3 days ago